Monday, February 14, 2011

Imam Pemimpin Ummah


TAJUK:
Tokoh Agama Islam Di Tempat Anda


DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU551


DISEDIAKAN OLEH:
Muhamad Fitri Nor Bin Abdul Razak
No Matrik : 2010806664
Kumpulan: BMB2Ac


PROGRAM:
Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia
(BM223)

TARIKH HANTAR:
1 Mac 2011





ASSALAMUALAIKUM


Bismillahirrahmanirrahim. Syukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya berpeluang menemuramah seorang imam di tempat tinggal saya di Batu Pahat, Johor dalam usaha menyiapkan tugasan bagi subjek CTU 551 iaitu Tamadun Islam. Saya berterima kasih kepada Ustaz Abd Aziz Bin Harjin penyasrah yang membantu dlam menyiapkan tugasan ini. Berikut adalah hasil temubual saya bersama beliau.

Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud. Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi. Masjid dikenali sebagai tempat di mana umat islam beribadah tidak kira peringkat umur,warna kulit mahupun kaum. Konsep ini masih lagi digunakan sehingga kini walaupun sudah berabad-abad Rasulullah s.a.w wafat.

Pada era globalisasi kini,berdiri megah dan teguhnya sesebuah institusi masjid itu terletak pada jamaah dan masyarakat sekeliling yang hadir untuk mengimarahkan institusi masjid. Perpaduan dan keamanan sesebuah kawasan  penempatan juga terletak pada kemakmuran sesebuah institusi masjid. Masjid  juga perlu mengadakan program pengimarahan masjid. Hal ini dapat digapai dengan adanya seorang pemimpin yang bijak dalam menguruskan pelbagai perkara bukan hanya menguruskan sesebuah institusi masjid. Imam ) bererti pemimpin. Dalam erti biasa Imam adalah individu yang dilantik bagi memimpin golongan para jemaah ketika melakukan ibadah solat atau amal kebaikan. Erti lain ialah mereka yang diberi kepercayaan menjadi pemimpin bagi satu kumpulan untuk memimpin ke jalan yang benar (Khalifah). Imam merupakan pemimpin bagi sesebuah institusi masjid merangkap pemimpin sesebuah kawasan penempatan.

Imam juga merupakan tempat rujukan masyarakat dalam pelbagai segmentasi termasuklah hal perihal keagaman, kekeluargaan dan kebajikan. Imam sesuatu masjid hendaklah menjadi pegawai Syarie dalam kariah masjid itu dan mengimamkan solat fardhu dan apa-apa solat berjemaah lain dimasjid itu. Imam juga perlu mengetuai urusan fardhu kifayah ke atas jenazah orang Islam yang mati di kariah masjid itu sehingga sempurna dikebumikan. Khutbah Jumaat dan khutbah Hari Raya juga perlu disempurnakan oleh Imam. Imam perlulah memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam perkara-perkara tentang agama Islam kepada anak kariah  masjid itu sedaya-upayanya serta mengetuai, mengawasi dan mengatur pengajaran agama Islam di kalangan anak-anak kariah masjid itu. Imam hendaklah membimbing Bilal, Siak dan anak kariah masjid dalam menjalankan tugas-tugas Imam. Imam juga perlu menghadiri setiap mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid. Imam juga perlu meyediakan aktiviti-aktiviti kerohanian anatranya kelas agama dan kelas membudayakan Al-Quran Al-Karim.




Haji Ahmad Bakri  


Haji Ahmad Bakri merupakan salah seorang imam di Masjid Jamek Beroleh Parit Imam Batu Pahat. Beliau lebih dikenali sebagai imam Nasir dikalangan jemaah di Masjid Jamek Beroleh. Beliau merupakan anak jati di kawasan tersebut. Beliau telah menjawat jawatan imam selama hampir 20 tahun sehingga kini. Sebelum  menjawat jawatan tersebut beliau menjadi bilal di masjid yang sama selama hampir 15 tahun. Pengalaman sebagai bilal selama hampir 15 tahun telah menjadikan beliau sedia untuk mengalas tanggungjawab yang amat besar pada pandangan masyarakat. Beliau mempunyai 2 orang putera dan 2 orang puteri. Beliau merupakan contah bagi masyarakat sekeliling kerana berjaya mendidik anaknya menjadi golongan yang berjaya dalam pendidikan, malah dalam bahagian kerohanian. Anak-anak beliau mengaggap beliau bukan sahaja sebagai bapa tetapi sebagai sahabat karib,cara ini membuatkan mereka lebih arkab sesama ahli keluarga. Dalam pelbagai perkara, ahli keluarga beliau tidak segan untuk berkongsi pandangan dan maklumat. Oleh disebabkan itu, keluarga beliau menjadi model kepada keluarga-keluarga yang lain. Cara Haji Nasir mendidik anak-anak beliau juga menjadi perhatian keluarga-keluarga yang lain untuk dijadikan contoh dan tauldan. Haji Nasir juga merupakan ahli jawatankuasa tetinggi masjid di Masjid Jamek Beroleh. Sifat beliau yang dedikasi dan memberikan komitmen yang tinggi dalam setiap program yang dijalankan menyebabkan beliau dilantik untuk jawatan tersebut. Beliau juga merupakan jawatankuasa tertinggi dalam organisasi kampong, beliau melaksanakan taggungjawab yang besar dengan penuh dedikasi dan amanah. Walaupun beliau menjawat pelbagai jawatan beliau tidak pernah mengabaikan tugas beliau sebagai imam di kariah beliau.


Masjid Jamek Beroleh

Perwatakan yang sopan dan disenangi masyarakat membuatkan masyarakat tidak kekok menerima kehadiran beliau sebagai imam di kawasan tersebut. Kemesraan Haji Nasir dengan masyarakat tidak disangsi, sikap beliau yang tidak membeza-bezakan kedudukan antara beliau dengan masyarakat menyebabkan masyarakat mudah rapat dengan beliau di majid mahupun di luar perkarangan .Sifat beliau yang baik hati dan suka membantu masyarakat juga telah dijadikan sebagai contoh seorang pemimpin yang berwibawa. Walaupun Haji Nasir tidak mendapatkan pendidikan yang tinggi, pengetahuan beliau yang sungguh meluas dalam pelbagai bidang telah menjadikan beliau sebagai tempat rujukan masyarakat sekeliling. jika terdapat kekeliruan dalam hal ehwal agama khususnya, penduduk kawasan Beroleh akan mendapatkan penerangan daripada beliau.

Beliau banyak mempelajari ilmu agama dari hadith-hadith serta buku-buku ilmiah yang terdapat di pasaran. Beliau juga menuntut ilmu agama dari beberapa orang guru yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau tinggal pada masa mudanya. Beliau tidak pernah malu untuk menuntut ilmu walaupun sudah lanjut usia. Beliau berkata ’ilmu pengetahuan tidak akan abis dituntut walaupun hingga ke akhir hayat, selagi ada masa,tenaga tuntutlah ilmu’. Beliau yang arif dalam hukum tajwuid menyebabkan beliau menjadi tempat rujukan jemaah dan masyarakat sekeliling. Suara beliau yang lunak merdu tidak lagi disangkal oleh masyarakat sekeliling, lebih-lebih lagi ketika beliau membaca ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim. Lontaran suara beliau dalam membaca ayat-ayat suci menyentuh hati setiap pendengar yang mendengar. Bukan itu sahaja, beliau juga pandai dalam berzanzi dan bertaranum. Beliau antara pengajar aktiviti berzanzi dan bertaranum di kawasan tersebut.
Bacaan doa oleh Haji Ahmad Bakri 

Haji nasir juga sering kali dipanggil untuk memberikan ceramah di kuliah-kuliah serta di majlis ilmu sekitar kawasan tersebut. Beliau juga dipanggil untuk memberikan ceramah di masjid-masjid lain dan di majlis-majlis ilmu yang lain. Cara beliau menyampaikan ceramah dengan penuh menarik membuatkan ramai penduduk serta kariah dari luar kawasan tertarik dan mengikuti ke mana sahaja beliau memberikan ceramah. Ceramah yang beliau beri memberikan kesan yang mendalam kepada sesiapa yang mendengarnya. Contoh-contoh yang diberikan juga tidak ketinggalan zaman dan padan dengan keadaan serta situasi masa kini yang penuh dengan panceroba. Beliau banyak menyebut ayat-ayat suci serta hadith yang berkenaaan dan mudah difahami oleh para pendengar. Hal ini juga membuatkan para pendengar tidak berasa bosan ketika beliau memberi ceramah serta ucapan.
Haji Nasir menjadi imam solat Asar

Haji Nasir antara imam yang menjadi ketua dalam aktiviti membudayakan al-Quran di Masjid Jamek Beroleh. Aktiviti ini biasanya dijalankan pada hari Rabu malam selepas solat magrib. Aktiviti ini bukan sahaja memperdengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran malah aktiviti ini menekankan cara pembacaan ayat yang betul mengikut tajwuid. Cara ini dapat membantu kariah yang hadir mengikuti aktiviti ini, dapat memperbetul bacaan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim. Aktiviti seperti ini kebiasaanya hanya diikuti oleh golongan kariah yang tua yang selalu kita dengari,tetapi di Masjid Jamek Beroleh golongan muda dan kanak-kanak turut mengikuti aktiviti ini. Golongan muda juga turut mengikuti aktiviti bertaranum yang diadakan pada waktu petang. Kebiasaanya,Haji Nasir akan menjalankan aktiviti ini selepas solat asar jika tiada program atau aktiviti lain yang dijalankan. Haji Nasir juga sering kali dijemput untuk mengajar kaum wanita belajar tajwuid serta bertaranum. Golongan wanita juga bukan sahaja terdiri daripada suri rumah tetapi golongan muda juga turut mengikuti aktiviti ini. Beliau juga memberikan ceramah kepada golongan wanita yang  mengikuti program-program yang diadakan oleh Persatuan Kaum Ibu di kampung tersebut.

Mengikut kata Haji Nasir,imam di Negeri Johor sentiasa dipantau oleh Jabatan Agama Negeri Johor dan Jabatan Agama Daerah Batu Pahat. Hal ini kerana, imam yang dilantik diberi insentif untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Beliau juga turut menyatakan bahawa imam yang dilantik mestilah mengikut beberapa kretiria yang dituntut untuk menggalas jawatan yang amat berat tanggungjawab. Antara kretiria yang dituntut oleh Jabatan Agama Negeri Johor dan Jabatan Agama Daerah Batu Pahat ialah individu tersebut mempunyai kemampuan untuk menjadi imam sepenuh masa, individu tersebut mestilah berumur 65 tahun ke atas, individu tersebut menghafaz ayat-ayat lazim dalam solat, mengetahui pengetahuan fardhu ain dan fardhu kifayah, individu tersebut mempunyai bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang bagus serta mempunyai kredibiliti dalam menguruskan program–program berunsurkan kerohanian dan ilmiah. Haji Nasir juga berkata ciri-ciri keperibadian yang baik serta perlakuan yang sopan juga turut dititikberatkan dalam melantik seseorang individu untuk menjadi seorang imam dan juga sebagai pemimpin bagi masyarakat sekitar. Jika seseorang imam tidak mempunyai keperibadian yang baik,masyarakat tidak akan menghormati serta menerima individu tersebut dari sudut zahir mahupun  batin. 

 Selama beberapa dekad menjadi orang penting di kawasan Beroleh,banyak pengalaman yang Haji Nasir tempuhi dalam menjalan kan tanggungjawabnya. Pahit manis perjalanan yang beliau tempuhi banyak mengajar beliau erti kesabaran dan kesyukuran. Setiap yang pahit pasti ada penawarnya,setiap yang manis pasti ada penyakitnya. Pengalaman menjadi seorang bilal sebelum dilantik menjadi imam dijadikan bekalan. Pengalaman manis dan bermakna yang beliau lalui, beliau beri penghormatan menjadi imam pada Hari Raya Aidilfitri pada tahun pertama beliau menggalas jawatan sebagai menjadi imam. Menurut beliau semua pengalaman dalam perjalanan menggalas tanggungjawab sebagai seorang pemimpin bagi kariah Masjid Jamek Beroleh adalah pengalaman manis dan tidak akan beliau lupakan. Haji Nasir turut menyatakan pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan beliau adalah menjadi contoh tauladan bagi masyarakat sekeliling di kariah Beroleh khususnya.

Setiap pekerjaan yang dilakukan mempunyai cabaran dan rintangan yang tersendiri termasuklah tanggungjawab sebagai  seorang imam. Perjalanan sepanjang menjadi seorang imam bagi Haji Nasir tidak kurang hebatnya, beliau juga turut mendapat tentangan dari beberapa pihak. Walaupun perwatakan beliau disenangi ramai, terdapat segalintir individu yang tidak mengemari perwatakan beliau yang baik. Bagi beliau, penerimaan masyarakat terhadap kehadiran beliau dalam ahlijawatankuasa masjid antara sebab permasalahan ini berlaku. Kata beliau juga permasalahan seperti ini akan timbul sekiranya terdapat sifat cemburu yang melampau ada dalam segelintir individu. Perasaan tersebut sememangnya perlu ada dalam setiap individu, hal ini bagi mewujudkan semangat bersaing yang baik dan positif sesama individu tetapi jika perasaan ini tidak dibendung dengan betul ia akan mewujudkan permasalahan yang besar menurut kata Haji Nasir. Beliau juga turut menyatakan terdapat segelitir individu yang mengikuti yang mewujudkan kekecohan semasa beliau melaksanakan tugas beliau sebagai seorang imam. Sewaktu kekecohan ini berlaku beliau agak terkejut kerana beliau tidak menyangka perkara sebegitu rupa akan terjadi dalam sekelip mata. Pengalaman pahit ini sentiasa dingat sehingga ke hari ini. Beliau juga turut terkilan dengan tindakan segelintir kariah yang tidak mahu bersalaman dengan beliau selepas selesai menunaikan solat berjamaah di masjid. Perkara ini bukan sahaja berlaku di dalam masjid, perkara sedemikan juga turut berlaku di luar perkarangan masjid.

Masalah lain yang juga Haji Nasir hadapi ialah aduan permasalahan laluan untuk ke masjid. Permasalahan ini diajukan kepada beliau setelah beberapa kemalangan berlaku sewaktu penduduk hendak hadir ke masjid. Hal ini bertambah runcing dengan kewujudan jalan pintas untuk ke kawasan penempatan dan ke Lebuhraya Utara-Selatan bagi pekerja-pekerja serta kenderaan berat. Waktu genting kawasan tersebut adalah waktu tengahari, petang serta malam. Kenderaan yang melalui kawasan tersebut dipandu laju antara penyebab perkara sedemikian berlaku. Bukan itu sahaja, isu kekurangan tandas dan tempat megambil wuduk di perkarangan masjid, menyukarkan  dan mewujudkan ketidakselasaan kepada kariah. Haji Nasir juga mendapat aduan tentand keadaan masjid yang kurang selesa kerana tempat untuk jemaah solat tidak mencukupi. Menurut kata beliau lagi keadaan ini bertambah tenat sewaktu hari-hari genting antaranya hari perayaan Aidilfitri serta Aidiladha. Kekurangan tempat untuk bersolat ini sentiasa menjadi isu utama semasa mesyuarat tahunan masjid serta mesyuarat kawasan.

Permasalahan yang timbul diselesaikan dengan sistematik dan kerjasama  oleh pelbagai pihak. Menurut kata Haji Nasir lagi, permasalahan ini dapat perhatian oleh orang kenaman dan Jabatan Agama Daerah Batu Pahat serta Ahli Perwakilan Kerajaan. Masalah kurang tempat untuk solat dan kekurangan tandas serta tempat berwuduk dapat diselesaikan dengan bantuan orang ramai, jabatan-jabatan berkenaan. Masjid Jamek Beroleh kini dapat menampung jumlah jemaah yang hadir untuk berjemaah di masjid tidak kira semasa hari biasa mahupun hari kebesaran yang lain. Jemaah yang hadir juga rasa lebih selesa  dengan keadaan masjid kini,bukan itu sahaja kini jemaah yang hadir ke masjid bertambah ramai berbanding dengan keadaan masjid sebelum penambaikkan dilakukan.

Berkenaan dengan masalah lalu lintas, perkara ini telah dilaporkan dan diajukan kepada Jabatan Kerja Raya agar meletakkan papan tanda,dengan cara ini para pemandu serta penunggang motorsikal lebih berhati-hati sewaktu melalui kawasan masjid. Hai ini juga turut mendapat perhatian oleh  Polis Daerah Batu Pahat kerana kemalangan sering berlaku dikasan tersebut. Pegawai polis turut turun padang untuk melihat sendiri keadaan kawasan tersebut. Berikutan hal itu, Pegawai Polis Daerah Batu Pahat kerap kali melakukan pantauan di kawasan tersebut dan disebabkan itu maslah berkenaan berkurangan berbanding sebelumnya.

Haji Ahmad Bakri menyatakan rasa bersyukur dengan respon dari masyarakat di kawasan Beroleh kerana memberikan kerjasama serta bantuan yang diluar jangkaan. Beliau juga sungguh terharu  dengan sifat pemuruh penduduk kawasan tersebut yang prihatin dengan keadaan sekeliling. Kata beliau lagi, masalah kekurangan serta kerosakkan kipas di masjid yang dilaporkan pada hari ini dapat diselsaikan pada keesokkan harinya atas keprihatinan masyarakat di kawasan tersebut. Beliau juga turut merasa terharu dengan sumbangan yang di beri kepada pihak masjid untuk menjalankan majlis-majlis ilmu serta aktiviti-aktiviti yang lain. Sumbangan yang diterima oleh pihak masjid bukan hanya dari segi wang ringgit malah dari segi makanan, minuman serta keperluan lain juga turut diterima. Menurut kata beliau lagi hal ini juga berlaku atas kesedaran penduduk kawasan untuk beribadah ke jalan yang benar.
Keadaan Di dalam Masjid Jamek Beroleh

Hasrat yang tinggi mungkin dicapai jika ada usaha yang gigih dilakukan untuk mengapai hasrat tersebut. Penyambung warisan yang dapat menggalas amanah yang berat seperti ini sangat diinginkan oleh masyarakat menurut kata Haji Nasir. Beliau juga turut menyatakan agar aktiviti yang berfaedah dan dituntut oleh agama dapat dianjurkan secara istiqamah di Masjid Jamek Beroleh antaranya qiamullail serta mewujudkan kelas hafazan. Dengan cara ini, ramai jemaah akan hadir untuk turut sama mengimarahkan masjid ditambah pula aktiviti gotong-royong dalam penyediaan sesebuah masjlis juga turut dapat memupuk semangat tersebut . Bukan sekadar itu, beliau turut berhasrat agar semakin ramai kariah akan hadir ke masjid untuk megimarahkan masjid bukan hanya di waktu –waktu genting. Tambah beliau lagi, pandangannya mengenai ilmu agama Islam yang suka di pandang mudah oleh masyarakat zaman sekarang kini menyebabkan, mereka mudah terjebak dalam  ajaran sesat. Beliau turut menyatakan bahawa ilmu agama Islam ini tidak tersembunyi. Jika ajaran yang diajar oleh seseorang itu berada di tempat-tempat tersembunyi dan terdapat pengawalan yang ketat ketika proses pembelajaran berlangsung, maka mungkin ajaran itu bukanlah ajaran Islam yang sebenarnya. Secara mata kasar kita dapat melihat orang itu pandai mengaji dam membaca Al-Quran dengan baiknya, tetapi menyempurnakan sembahyang lima waktunya hanya dengan niat. Bagi kita yang berilmu pengetahuan mengenai agama Islam ini, kita mungkin tidak mudah terpengaruh, tetapi bagi mereka yang inginkan jalan mudah bagi memperoleh ilmu dan tidak mahu ajaran yang terlalu rumit, mereka akan mudah terjebak.

Sempana Maulidurasul yang akan tiba tidak lama lagi iaitu pada 15 Februari 2011, pihak masjid akan menjemput penceramah dari luar untuk memberi sedikit pengetahuan serta peringatan tentang cabzran yang dihadapi generasi kini. Ceramah tersebut akan mengingatkan pendengar dengan seruan agama seiring dengan era globalisasi kini. Walaupun kini ramai yang hadir untuk turut sama-sama berarak memuji Rasulullah s.a.w tetapi masih ada yang mencemuh serta mengkeji agma yang dibawa Baginda, walaupun kini ramai yang hadir untuk mendengar ceramah-ceramah agama tetapi masih ada yang melakukan maksiat. Haji Nasir berharap dengan adanya program-program seprti ini dapat mengingatka masyarakat tidak kira peringkat umur,sama-sama dapat saling ingat-meningati.

Boleh disimpulkan di sini, kewujudan sesebuah masjid serta pemimpin (imam) yang berwibawa perlu ada untuk mencapai kejayan di dunia dan di akhirat. Semestinya institusi masjid dapat membentuk hubungan sesama masyarakat tidak kira bangsa ataupun kaum di sesebuah kawasan tersebut. Pengurusan yang sistematik, terurus serta kebijaksanaan pemimpin yang berwibawa asset penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Perwatakan, perlakuan serta tatacara seseorang imam boleh memberi impak dam mempengaruhi sesebuah masyarakat, ini kerana imam merupakan contoh dan teladan bagi sesebuah masyarakat. Marilah kita sama-sama mengimarahkan masjid tidak kira di mana jua kita berada. Orang yang mengimarahkan rumah-rumah allah sentiasa dalam keberkatan serta mendapat perlindungan dari Yang Maha Esa. Jika menjadi seorang pemimpin jadilah pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas serta ditambah dengan keikhlasan kerana keredaan serta bantuan oleh-Nya sentiasa bersama. Akhir kata apa yang baik dari Allah s.w.t, apa yang kurang disandarkan pada saya. Sekian kata,selamat beramal ke jalan yang benar. Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.


RUJUKAN


Haji Ahmad Bakri,Imam utama Masjid Jamek Beroleh
http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid